Secara umum, cara mendidik dalam satu kelas adalah sama tetapi secara individu, ada perbedaan berdasarkan minat seseorang yang agak berbeda dan kecenderungannya yang berbeda. Jika di peringkat sekolah tinggi, pengasingan perlu dibuat dengan mengambil kira bakatnya, minatnya, tahap IQ dan sebagainya.
Pendidik perlu memahami akal manusia. Semua peringkat akal, baik yang cerdik atau lemah, wajib mempelajari ilmu fardhu ain, sementara ilmu-ilmu lain seperti fardhu kifayah, yang sunat-sunat dan yang mubah, dipelajari mengikut kemampuan akal setiap pelajar. Semuanya mestilah diklasifikasikan. Mereka yang cerdik, diberi peluang belajar sepuas-puasnya karena mereka adalah aset bangsa dan negara. Jika ibu bapanya tidak berkemampuan, negara harus menanggung dan memberi mereka beasiswa. Anak-anak ini adalah aset negara iaitu aset bersama. Kalau tidak disokong dan dibantu, negara akan rugi. Pendidik juga perlu memahami peringkat-peringkat IQ pelajar. Ada yang sederhana dan ada yang baik. Kadang-kadang ada yang tinggi IQnya tetapi kehidupannya susah. Golongan ini perlu dibantu.
Peringkat-peringkat IQ Manusia
Seperti yang telah dikatakan, IQ manusia berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat tersebut umumnya boleh dikategorikan seperti berikut:
1. IQ istimewa atau genius.
Dalam bahasa Arab disebut ‘abqari’. IQ taraf pertama iaitu otak genius, ia melampaui cerdik. Bagi otak genius, kemampuannya bisa melahirkan teori baru dan ia tidak mengambil dari orang lain. Penemuan ilmu adalah dari dirinya sendiri, tidak kira dia Islam atau bukan Islam. Tegasnya, teori ini tidak ada pada orang lain. Penemuannya langsung tidak diambil dari orang lain. Ini dikatakan otak istimewa atau genius. IQ yang paling atas sekali. Di dalam istilah agama, orang IQ peringkat pertama ini adalah pembuat matan (falsafah dasar), seperti Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain imam mazhab.
2. IQ cerdik iaitu IQ peringkat kedua.
Ia tidak mampu melahirkan teori dan membuat penemuan ilmu baru tetapi hasil penemuan atau teori orang genius tadi bisa difahami dan bisa dihuraikan dengan lebih luas lagi. Dia bisa memahami sesuatu perkara yang mungkin tidak bisa difahami oleh orang lain. IQ peringkat ini luar biasa sebab bisa menghurai matan. Di dalam dunia ini tidak ramai orang yang mempunyai IQ cerdik seperti ini. Dalam bahasa Arab IQ cerdik ini disebut ‘zaka’. Orang yang cerdik ini dipanggil ‘zaki’. Contoh peringkat IQ yang kedua ini seperti Imam Sayuti, Imam Fakhrurrazi dan sebagainya.
3. IQ cerdik biasa atau cerdik sederhana iaitu IQ peringkat ketiga.
Orang yang mempunyai IQ cerdik biasa ini bisa memahami apa yang dihuraikan oleh orang IQ peringkat kedua tadi. Tetapi oleh karena tidak mampu memahami kesemuanya maka dikeluarkanlah saja apa yang benar-benar difahaminya. Di dalam mentafsirkan sesuatu ia menjadi berkurangan. Jika dia menulis, buku dan huraiannya lebih panjang. Dia dipanggil tukang syarah. Lazimnya mereka ini adalah penulis ‘hasyiah’.
4. IQ normal atau sederhana.
Peringkat IQ ini adalah IQ kebanyakan orang. Ini IQ peringkat awam.
5. IQ lemah
Yakni di bawah IQ orang awam. Peringkat ini disebut bodoh.
6. IQ paling bawah
Ia disebut dungu.
Jika pemimpin, pendidik dan ibu bapa faham tentang kategori IQ ini, maka setelah selesai fardhu ainnya, dalam berhadapan dengan ilmu fardhu kifayah, mereka sudah tahu di dalam kumpulan mana hendak diletakkan pelajar-pelajar atau anak-anaknya, sepadan dengan tahap-tahap IQ mereka. Adalah malang bagi satu bangsa kalau ada kanak-kanak yang tinggal di ujung kampung, miskin pula, keluarganya bukan orang terkenal atau bukan kroni orang pejabat, hanya mendapat pendidikan sekedar kelas 6 tetapi IQnya genius. Bila dewasa, dia hanya jadi petani saja. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia adalah aset bangsa.
Begitu juga cerdik, iaitu IQ peringkat kedua dan ketiga. Kalau tidak disuruh mengaji dan diberi peluang belajar serta tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, alangkah ruginya bangsa. Sebab itu, mana-mana negara yang tidak ada keadilan, hanya anak-anak kroni yang mendapat peluang. Yang bukan kroni tidak didorong dan tidak diberi peluang. Hanya belajar sekedar kelas enam. Ini merupakan suatu kerugian besar buat bangsa tersebut.
Inilah yang terjadi dalam negara yang tidak stabil politiknya. Anak-anak yang ibu bapanya berlainan aliran politiknya menjadi mangsa. Sebab itu, kadang-kadang kita lihat di universitas-universitas, tidak ditemui ramai ahli fikir. Sebabnya, orang-orang yang IQnya baik tetapi miskin, orang tidak peduli dan tidak masuk universitas. Kesannya, ramai yang berada di menara gading bukan dari golongan ahli fikir. Mereka itu dapat titel atau ijazah hanya karena bernasib baik mendapat peluang belajar. Kalau orang yang otaknya genius diberi peluang belajar di universitas, berapa banyak negara untung. Sebab itulah bangsa kita tidak ada ahli fikir. Tidak lahir pujangga dan pembuat kitab.
No comments:
Post a Comment