Susunan ayatnya, bukan syair, bukan sajak dan bukan pula gurindam. Ia bukan novel dan bukan cerpen. Ia bukan sastera.
Ia juga bukan falsafah walaupun ia mengandungi falsafah. Di dalamnya ada hukum, ada panduan, ada perintah, ada tegahan, ada hiburan dan ada peringatan.
Bahasanya, susunannya dan isinya dikagumi oleh ahli bahasa. Ditakjubi oleh para sasterawan. Diangggap aneh oleh ahli filasuf dan dianggap sihir di zaman jahiliah.
Di dalamnya ada cerita yang membawa berita. Dalam cerita ada hukum dan dalam hukum ada cerita.
Ada berbagai perumpamaan di dalamnya yang membuka segala rahasia. Tentang dunia dan akhirat. Tentang jasmani dan rohani. Tentang mukmin, kafir dan munafik. Tentang watak-watak manusia, malaikat dan jin. Tentang peristiwa yang sudah terjadi dan bakal akan terjadi.
Tidak ada perkara yang tercicir dari Al Quran. Semua ilmu berkenaan ciptaan Tuhan terkandung di dalamnya. Ilmu yang paling besar ialah mengenal Tuhan dan hal-hal tentang akhirat. Juga tentang jin, syaitan dan manusia.
Al Quran adalah ilmu di dalam ilmu. Ia menguatkan jiwa dan mengobat hati. Ia penajam mental dan fikiran. Ia petunjuk kepada kedamaian, keselamatan dan keharmonian. Ia membersihkan kemungkaran, penzaliman dan penindasan. Ia dapat melahirkan tamadun dan kebudayaan. Menggali mutiara dari Al Quran ini, sampai bilapun tak akan habis. Menatapnya pula, sampai bila pun tak akan jemu.
Setiap ayat, maksudnya berlapis-lapis. Ada pendapat yang mengatakan sampai 70 lapis, mengikut tafsiran-tafsiran yang bertambah dari masa ke semasa di setiap zaman. Al Quran itu umpama laut. Setiap hari kita mengambil ikan dan khazanah dari laut namun ia tidak pernah habis.
Kitab nabi-nabi lain diturunkan seketul, selonggok dan sekaligus. Tetapi Al Quran diturunkan berperingkat-peringkat selama 23 tahun.
Al Quran diturunkan ke langit pertama pada bulan Ramadhan. Kemudian ia diturunkan kepada Rasulullah sedikit demi sedikit. Terdapat 114 surat dan 6,666 ayat di dalamnya mengikut qaul yang termasyhur. Di antara ayat-ayat ini, hanya 500 saja yang menyentuh tentang hukum hakam. Selebihnya menyentuh tentang hal lain.
Di antara ayat-ayatnya, ada yang Makiah iaitu yang diturunkan sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah. Banyak ayat Makiah turun di Mekah tetapi ada juga yang turun di tempat lain seperti di Thaif. Ada pula ayat Madaniah iaitu yang turun selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Walaupun kebanyakan ayat Madaniah turun di Madinah tetapi ada juga ayat Madaniah yang turun di Mekah. Makiah atau Madaniah bukan dikira di mana ayat itu turun tetapi masa ia turun samada sebelum atau selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Ada ayat Safariah iaitu yang turun semasa Rasulullah sedang bermusafir. Ada pula ayat Qadariah yang turun di waktu Rasulullah tetap dan bermukim.
Ada ayat yang Lailiah iaitu yang turun pada waktu malam dan ada ayat yang Nahariah iaitu yang turun di waktu siang. Ada ayat yang dibawa oleh malaikat Jibrail dan ada yang datang terus dan direct dari Tuhan.
Ada ayat yang Muhkamat atau ayat yang jelas maksudnya. Ada ayat yang Mutasabihah atau yang tidak jelas atau samasamar maksudnya.
Ada ayat yang Nasikh atau masih boleh dipakai dan ada ayat yang Mansuh atau yang telah dibatalkan oleh ayat yang lain. Setiap ayat ada Asbabun Nuzulnya atau sebab turunnya ayat. Asbabun Nuzul ini boleh jadi karena ada orang yang bertanya. Atau keadaan pada satu-satu masa itu memerlukannya. Ataupun sebagai satu didikan (contoh ayat berkaitan dengan arak) atau untuk menerangkan hukum.
Susunan surah di dalam Al Quran seperti yang kita lihat sekarang bukanlah seperti mana yang ia diturunkan. Surah pertama yang diturunkan ialah Al ‘Alaq dan bukan Al Fatihah. Surah An-Naas bukanlah surah yang terakhir diturunkan. Susunan yang ada sekarang ialah mengikut Tauqif atau susunan bacaan oleh Rasulullah SAW
Pada awalnya, Quran ini banyak dihafal. Ada juga para sahabat yang menulisnya pada pelepah kurma dan kulit binatang. Mashaf yang bertulis ini dikumpulkan di zaman Khalifah Usman. Lima naskhah bertulis dihasilkan untuk diedar kepada lima wilayah jajahan Islam sebagai naskhah rujukan. Mashaf ini dinamakan mashaf Osmaniah. Mashaf ini dikembangkan lagi pada zaman khalifah Umar Abd Aziz.
Cetakan pertama Al Quran dibuat di Jerman oleh orang Yahudi yang tinggal di negara tersebut untuk tujuan mengkajinya. Kebetulan, ketika itu teknologi percetakan sangat maju di negara Jerman.
Al-Quran ditafsir berbagai cara. Antaranya, Al Quran ditafsir dengan ayat Quran juga. Atau dengan hadis. Atau dengan atsar (kata-kata para sahabat). Atau dengan ijtihad. Akhir sekali dengan ilham. Yang mampu mentafsir Al Quran dengan ilham ini tidaklah ramai.
Seperti juga kitab-kitab lain, Al Quran disampaikan melalui Rasul. Ia tidak datang tanpa Rasul. Kerana Rasul diperlukan untuk memberi penerangan, tafsiran dan menjadi contoh. Rasulullah SAW itu contoh bagi umat Islam. Dia adalah Quran yang hidup. Cara hidup Rasulullah itu Quran. Akhlak Rasulullah itu Quran. Kalau kita dapat meniru cara hidup dan akhlak Rasulullah, ini bermakna kita telah beramal dengan cara hidup dan akhlak Al Quran.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia (yang terdapat) pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Quran ini?” (Al Waqiah: Ayat 77-81).
Isi Al Quran telah banyak dihuraikan. Dari huraian Al Quran, lahirlah tokoh-tokoh tafsir seperti Fakhruddin Al Razi, Ibnu Abbas, Ibnu Kathir dan lain-lain lagi. Lahirlah tafsir Al Razi, tafsir Ibnu Abbas, tafsir Ibnu Kathir, tafsir Thabrani, tafsir Khazin dan tafsir Jalalain.
Tafsir-tafsir itu ada yang pendek seperti tafsir Ibnu Abbas dan tafsir Jalalain. Ada tafsir sederhana panjang seperti tafsir Ibnu Kathir. Ada yang panjang seperti tafsir Al Razi. Apa yang dia jumpa, dibongkar dan dihuraikan kesemuanya.
Ada ahli-ahli tafsir yang membawa ilmu khusus dibidang-bidang yang tertentu saja mengikut ilmu dan minat yang ada pada mereka. Mana yang minat bahasa dan sastera, dihuraikan dalam aspek itu saja. Ada yang menghuraikan hukum-hakam sahaja. Mana yang minat di sudut sains, dihurai di sudut sains sahaja. Ada yang menghurai tentang cerita dan berita , tentang sejarah, falsafah dan lain-lain lagi. Ada juga yang menghuraikan tentang fekah sahaja iaitu huraian tentang wajib, sunat, haram, makruh, harus, syirik jali, murtad dan sebagainya.
Di dalam Al Quran terdapat berbagai-bagai ilmu dan istilah. Di zaman Rasul bidang-bidang ilmu dan istilah ini sangat terbatas. Di zaman itu ilmu belum dibagi-bagikan. Ia datang seketul. Ilmu Islam belum terpecah. Muslim itu orang Islam. Kufrun itu orang kafir. Fasiqun itu orang fasik. Zalimun itu orang zalim. Mukmin itu orang yang beriman.
Di zaman itu juga tidak disebut Tauhid tetapi aqidah. Tidak disebut Fiqih tetapi syariat. Ilmu tafsir tidak pernah disebut. Istilah tafsir datang pada era sahabat. Di waktu itu barulah lahir ilmu dibidang fekah, usul fiqih, tafsir, usul tafsir, tauhid, usuluddin, mantiq, falsafah dan sebagainya.
Dari Quran dan hadis, umat Islam kaya dengan aset ilmu. Di zaman Rasul disebut: • Iman • Islam • Ihsan
Iman itu aqidah, Islam itu syariat dan Ihsan itu tasawuf. Selepas itu baru lahir berbagai-bagai istilah dari aspek ilmu-ilmu ini.
Maka lahirlah tokoh-tokoh fiqih seperti Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hambali, Imam Nawawi dan Imam Sayuti. Lahir tokoh-tokoh ilmu Tasawuf seperti Junaid Al Bahgdadi, Syeikh Kadir Al Jailani, Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti dan lain-lain.
Lahirlah juga tokoh bahasa seperti Ibnu Malik. Tokoh-tokoh sejarah seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Hisham dan Ibnu Kathir. Tokoh-tokoh hadis seperti Al Bukhari, At Tarmizi, Ibnu Majah, Muslim, An Nasai dan lain-lain.
Makin jauh ke hujung, lahir pula mazhab-mazhab. Masing-masing ada cara dan kaedahnya yang khusus dan tersendiri untuk mendekatkan diri dengan Allah.
100 tahun kebelakangan ini, timbul pula orang yang menentang mazhab dan tasawuf. Mereka kata tidak ada mazhab atau tasawuf dalam Islam. Inilah golongan Wahabi. Tokoh-tokoh mereka membuka luas pintu ijtihad tetapi kemampuan mereka dengan orang-orang sebelum mereka tidak sama dan tidak setaraf. Orang yang tidak tahu bahasa Arab pun mau ijtihad juga. Mereka meniti di atas terjemahan Al Quran. Ini tidak betul dan tidak boleh.
Maka lahirlah ahli-ahli fikir barat yang beragama Islam. Fikiran ahli-ahli fikir ini tidak sama dengan fikiran ahli-ahli fikir Islam tulen. Mereka dikatakan ahli fikir Islam hanya kerana mereka orang Islam. Namun fikiran mereka tetap kebaratan. Ini termasuklah orang seperti Nurkhalis Majid. Ramai orang keliru dibuatnya
Dari mereka lahir bermacam-macam mazhab dan ilmu yang asalnya dari sumber Al-Quran dan hadis, tetapi telah jadi sesat. Ada orang sesat di atas ilmu. Ada pula orang sesat dalam ilmu. Tak ubah seperti orang yang sesat dalam bandar udara. Berputar-putar di tempat yang sama.
Lahir ahli falsafah seperti Ibnu Arabi, Al Farabi, Al Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Rusd, Al Biruni dan Al Khawarizmi. Ini zaman bahaya sebab ahli-ahli falsafah ini telah terpengaruh dengan pemikiran barat. Takut-takut mereka ini menonjol akal lebih dari roh. Ada sesetengah dari mereka yang minum arak.
Barat sangat berminat menonjolkan tokoh-tokoh ini sebab pemikiran mereka sesuai dengan pemikiran Barat. Ada orang Islam yang sangat mengkagumi mereka ini hingga malu dan tak senang hendak sebut nama Imam Al Ghazali, Junaid Al Baghdadi, Imam Hassan Ashaari, Imam Sayuti dan lain-lain. Mereka anggap tidak standard. Orang lebih suka menyebut Ismail Faruqi, Al Maududi, Hasan Al Bana, Mohd Abduh, Syed Qutub, Iqbal, Rasyid Redha, Jamaluddin Al Afghani, Qardawi, Malik bin Nabi dan lain-lain.
Tokoh seperti mereka ini disebut-sebut dan yang dahulu dilupakan. Hasilnya Islam jadi buah mulut. Hanya diperkatakan tetapi tidak diamal dan dihayati. Ilmu Islam hanya sebagai bahan syarahan, kajian dan ilmiah. Bukan untuk diperjuangkan.
Orang lebih banyak bicara Islam untuk mendapat sara hidup. Islam dikomersilkan dan dijadikan bahan ekonomi.
Tokoh-tokoh modern dan mutakhir, hanya memperkatakan ilmu. Mereka tidak dapat mengamalnya. Kalau amalpun hanya untuk diri sendiri, tidak untuk orang lain. Masyarakat terbiar.
Sebab itu, setiap 100 tahun, ada mujaddid. Mujaddid tidak bawa hukum-hakam tapi mempersembahkan hukum dengan sebaik mungkin hingga orang Islam dapat mengamal dan menghayatinya. Supaya orang kenal, cinta dan takut kepada Tuhan. Hingga lahir semula syiar-syiar Islam melalui kaedah yang diberi oleh Tuhan. Setiap mujaddid diberi kaedah nya yang tersendiri. Dia saja yang dapat. Orang lain tak dapat.
Di tangan mujaddid ini akan lahir kelompok baru, etnik baru hingga menjadi contoh. Mereka berbeda dengan orang dan masyarakat lain. Seolah-olah dalam kelompok yang serba hitam, ada kelompok yang putih dan bercahaya.
Ya Allah...
ReplyDeletePertemukanlah kami dengan seorang Mujaddid agar hidup kami bisa tercerahkan lewat bimbingan dia, amien
amien..
ReplyDeletekabulkanlah permintaan tuan sufimuda ya Allah.
Bismillahirrohmaanirrohiim.....
ReplyDeleteMujaddid itu adalah pewaris Nabi yang diturunkan setiap 100 tahun sekali, bukan mengakui dirinya adalah mujaddid dan bukan pula karena manusia yang mengangkatnya menjadi mujaddid tetapi dikarenakan Allah lah yang telah mengangkatnya menjadi mujaddid lalu di beritakan kabar gembira itu kepada Hati2 Orang Mukmin untuk mengetahui bahwasannya Dia itu adalah Mujaddid. Karenanya..... sebelum Allah mengungkap kan Identitas dirinya maka Ia menjadi Rahasia bagi Manusia tentang siapa sebenarnya dirinya.
Wallahu A'lam Bishowab
Salam Kenal
Pengembara Jiwa yang fakir dan Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illaa Billaahil 'Aliyyil Adziim.
blog yg bagus
ReplyDeletesalam kenal :)